Sesekali, cuba anda lihat-lihat di sekeliling, terutamanya di kawasan rumah samada di depan atau belakang. Periksa samada terdapat serangga coklat yang merayap-rayap di tempat tersebut. Jangan tertipu dengan saiznya yang kecil. Anda harus melakukan perkara berikut untuk mengelakkan benda buruk terjadi kelak!
1. Serangga apakah yang anda lihat itu?

Sangat penting untuk anda betul-betul pastikan dahulu jenis serangga yang anda lihat. Jika ia memiliki ciri-ciri yang berikut, kemungkinan besar ia adalah serangga yang kita sedang bincangkan. Yang pertama, ia berwarna coklat. Selain itu, kakinya ada enam dan juga badannya berbentuk bulat. Dan juga belakangnya yang seperti sebuah perisai.
2. Matang Sepenuhnya

0.7 inci merupakan saiz maksima yang boleh dimiliki oleh serangga ini apabila ia dewasa atau matang sepenuhnya. Ya, sangat kecil.Tapi ia mampu menyebabkan halaman rumah anda dilanda kekacauan sekiranya ia tidak dikesan awal. Oleh kerana terdapat sayap pada badan serangga ini, anda perlu menambahkan lebih perhatian untuk makhluk ini.
3. Lebih berwaspada

Anda tentu setuju jika dikatakan bahawa infestasi adalah sesuatu yang dahsyat, bukan? Itu yang akan terjadi jika anda hanya ambil ringan perkara ini. Ini disebabkan, serangga ini bukan sahaja akan merosakkan perkarangan rumah anda, tetapi juga akan melakukannya di dalam tempat tinggal anda juga, hampir di semua tempat!
